Selepas suami tersayang diuji Allah dengan
demam panas, batuk yang teruk
setiap malam tak dapat tidur
mesti terkejut dan batuk yang tak berhenti dan tertahan-tahan
hingga aku turut menitiskan air mata dengan keadaannya
suaranya hampir serak
lebih seminggu juga demam...
kami pergi ke hospital swasta dan
doctor sahkan suamiku ada penyakit yang lain
hernia.
Ya Allah
walau pertama kali dengar nama tu
aku sedikit ketakutan...
suamiku selalu demam
dan setiap kali demam akan batuk dan bersin berpanjangan
mungkin disebabkan itu suami dapat hernia...
kami lanjutkan ke doctor pakar
doctor cakap memang tak ada ubat cuma perlukan pembedahan...
dan pembedahan itu akan dijalankan esok pagi...
Ya Allah
macam-macam dalam fikiran kami
Hanya ENGKAU sahaja lah sandaran kami
sembahan kami dan tempat pengharapan kami ketika ini
ENGKAU sembuhkanlah suamiku
Ringankanlah sakitnya
Izinkan lah kesembuhan dan jauhkanlah kesakitan buatnya
Janganlah biarkan kesan negative sebelum, semasa dan selepas pembedahan...
Akan aku setia menemaninya di sisi
Akan aku tunggu dia sepanjang pembedahan
Akan aku tak putus doa untuknya
Semoga semuanya berjalan lancar dengan izin dan kehendakMU
dan
aku juga diuji dengan demam panas berlarutan sudah 4 hari
saat2 aku ingin menjaganya aku bimbang dengan demam ku yang masih bersisa
moga2 aku cepat sihat untuk menjaganya selepas pembedahan
aku juga sebenarnya dijadualkan untuk satu pembedahan
seminggu selepas suamiku
pembedahan membuang kelenjar tiroid
selepas follow up doctor sejak bulan 3
akhirnya bacaan tiroid ku sudah normal dan sudah boleh dibedah
cuma... ujian menimpa lagi
kedua ibu bapaku tak benarkan aku buat operation
sebab dekat sangat dengan operation suami
kami dah la hanya berdua di sini
keluarga jauh di seberang
ternyata suamiku sedih...
sebab hanya mengharapkan kami berdua cepat sembuh dari kesakitan masing-masing...
pernikahan adik bongsuku
juga sudah tak lama
lagi dua minggu
keluarga ku bukanlah keluarga yang besar
tenaga untuk majlis sangat merisaukan kami
sanak saudara tak banyak membantu
siapalah yang ibu bapaku dapat harapkan
hanya seorang sepupuku dan mengharapkan pertolongan daripada
ibu mertua tersayang
tolong doakan kami
untuk pembedahan suamiku esok hari
untuk kesihatan kami
untuk kepulangan kami ke kampong
untuk majlis pernikahan adik kami
untuk semua.....
semoga ALLAH beri yang terbaik pada kami dan kamu semua.