Tuesday, August 23, 2016

Projek Hotel & Resort

Projek Pembinaan

HOTEL & RESORT

Tepi pantai
Menyediakan penginapan selesa dan berbaloi untuk semua
Menyediakan bilik seminar dan mesyuarat dengan pakej berbaloi
Menyediakan pakej sesuai untuk aktiviti laut
Menerima tempahan event seperti candle light dinner, special deco room dll.


Hotel

Types :

Suite lodge - 1 king bed
* 5 rooms (floor 5)
* rm169/ night
* rm159/ night (special holiday)
* balkoni mengadap laut
* private bathroom with jakuzi
* mini kitchen
* fully carpet cover
* sofa for 2
* 52 inch flat tv with hd
* others specials

Deluxe Family - 1 queen bed + 1 single bed
* 10 rooms (floor 4 x 10)
* rm129/ night
* rm119/ night (promo)

Deluxe Queen - 1 queen bed
* 10 rooms (floor 3 x 6, floor 5 x 4)
* rm119/ night
* rm109/ night (promo)

Deluxe Triple - 3 single bed
* 5 rooms (floor 3 x 5)
* rm119/ night
* rm109/ night (promo)

Deluxe Single - 2 single bed
* 5 rooms (floor 2 x 5)
* rm109/ night
* rm99/ night (promo)

Special features :
* aircond
* bed with tilam 10 inches
* private bathroom with heater, keperluan mandian dan tuala
* free wifi
* free mineral water, tea, coffee, sugar (in packet), heater, glasses, spoons.
* simple almari pakaian
* kemasan lantai jubin kayu
* langsir double layer (chiffon white + grey-kain tebal)

* non smoking
* room service
* parking
* laundry service
* free breakfast :
- nasi/ mee / bihun / bihun Singapore/ kuewtiaw goreng (rm3)
- nasi lemak / bubur nasi / nasi air (rm4)
- nasi dagang / nasi minyak / nasi kuning / nasi jagung / nasi kerabu (rm6)
- kuih muih 5 jenis (rm3 for 5)
- buah 3 jenis (rm2 for 3)
- cereal + fresh milk / chocolate milk (rm3)
- tea / coffee / guava / apple juice (rm3 to 5)
harga untuk order daripada customer di resort
if nak menjamu di café - perlu bayar rm15 per pax.


Resort

Types :

House with 3 rooms - 2 queen bed, 2 single bed
* rm179
Room with 4 double decker bed - for 8 people
* rm100
Room with 2 queens bed
* rm80
Room with 1 queen bed
* rm60
Room with 3 single bed
* rm65

Features :
* Tilam katil 7 - 8 inches
* Private bathroom with needs
* aircond
* free wifi
* no breakfast


All Promo :
1. Less 20 % if stay more than one night (except suite lodge)
2. Less 25 % for regular customer (had visit more than once)


Seminar Room
* 2 rooms
* for 100 people
* rm299 for a day
* pakej a : free mineral water, mini book and pen (adding rm55)
* pakej b : free mineral water, mini book and pen, tea time (tea/ coffee with 2 desserts) (adding rm105)

Meeting Room
* 2 rooms
* for 20 people
* rm150 for a day

Lobby Hotel :

1. Tempat pendaftaran masuk / check in bilik hotel dan resort (dua pelayan)
* kaunter dua pelayan
* Tanya availability bilik
* pelayan akan check system
* jika ada, pelayan akan beritahu harga bilik semasa
* jika customer setuju, pelayan akan minta kad pengenalan
* pelayan akan fotostat di kertas khas (kertas bercetak nama hotel
dan customer perlu isi no.phone dan no.kenderaan)
* pelayan beri kertas fotostat kpd customer utk isi no.phone dan no.kenderaan
* sementara itu - pelayan akan check in / blok bilik - just key in nama, no kad pengenalan
dan no.bilik
* pelayan ambil balik kertas yg ditulis dan Tanya bayaran by cash / credit card
* customer buat bayaran - if credit card guna mesin. if cash, sedia duit baki
* cetak resit dua helai, slip breakfast (if menginap di hotel) dan kad bilik
* beri pada customer resit utk ditandatgn
* lipat dn masuk envelope - resit 1 salinan, slip breakfast dan kunci,
duit baki letak di ats envelope.
* beritahu slip breakfast dlm envelope dan cara nak ke bilik dan tingkat berapa


2. Office (5 orang pekerja)
* kerani - urusan fail
* kerani kewangan - urusan duit
* kerani stok - urusan stok dan pemesanan
* kerani operator - jawab telefon
* ketua kerani - backup hal kaunter jika ada masalah dan kewangan

3. Bilik cleaner (4 orang)
* waktu kerja 10 am - 5 pm
* 10am-11 am : kemas lobby
* 11am-2pm : kemas bilik hotel dan resort
* 1pm-5pm : buat laundry customer

4. Tandas lelaki dan perempuan
* lengkap dengan bilik mandi dan persalinan
* setiap tandas - 2 tandas, 2 bilik mandi, 2 bilik persalinan

5. Café
* untuk 50 orang
* sediakan makan pagi
* utk lunch dan dinner just utk yang order
* ada seorang chef dan 3 pembantu chef
* breakfast : 7am - 10am
* lunch : 12pm - 2 pm
* dinner : 6pm - 10pm

6. Mini kedai runcit
* sediakan barang kelengkapan asas dan makanan
* 9 am - 10 pm

7. Stor alat aktiviti laut
* simpan kelengkapan aktiviti

8. Kaunter aktiviti laut
* ada dua pelayan
* kaunter berdepan dengan resort
* 9 am - 7 pm
* ada 10 aktiviti laut dan pantai
* boleh menyewa dalam masa sejam / dua jam / 3 jam
* juga boleh sewa basikal / kereta pantai utk sejam sj
* menjual layang-layang, baju renang kanak-kanak
* menyediakan peralatan sukaneka (guni, pelepah kelapa, buah kelapa tua dll)
* jika ingin menyewa - perlu isi form dan buat bayaran penuh
* perlu pulangkan dalam masa yg dijanjikan- jika tidak akan dikenakan byrn lebih
* kerosakan alat perlu dibayar
* juga menyediakan khemah utk disewa- blh berkhemah di tepi pantai (kec..musim tengkujuh)
1 khemah utk 3 org - rm40
1 khemah utk 5 org - rm60

Saturday, August 20, 2016

Coretan lama

Bismillah

Hari ini seperti hari-hari semalam
kami suami isteri masih tegar menadah tangan dengan tulus mendoakan semoga Allah mengurniakan dalam rumah tangga kami, zuriat yang soleh solehah

Zuriat yang menjadi penyambung sunnah nabi saw
Zuriat yang menjadi saham kebaikan untuk kami di dunia akhirat
Zuriat penyejuk mata dan berperibadi soleh dan solehah

Sering kali aku membayang jika rumah kami dihiasi tangis tawa mereka
bauan harum bayi dan kanak-kanak memenuhi ruang rumah
sama-sama mendidik dan membahagiakan

Bangun pagi melihat wajah suci mereka yang hening
mendamaikan jiwa daripada keresahan tanggungjawab yang makin mencabar

Ya
mereka anak-anak juga adalah amanah
bukanlah nikmat yang perlu ditontonkan pada orang lain
amanah dan tanggungjawab
bagaimana kita mencorakkan mereka sejak di alam Rahim ke alam dunia


Tahun ini
hampir saja masuk 5 tahun kami melayari bahtera ini berdua
belum diizinkan bersama anak-anak

Pernah awal tahun ini
kami ditawarkan dengan satu berita
ada seorang ibu berbangsa iban
sedang mengandungkan anak ke 7
dia daripada keluarga yang susah
anak ramai.. bahkan anaknya yang ke 6 juga telah diangkatkan kepada orang lain

banyak kali kami berfikir
baik dan buruk
seperti biasa
suami hanya menyerahkan keputusannya kepadaku
suami tidak kisah, asalkan aku bersedia dia juga bersedia
jika aku tidak mahu dia menghormatinya

Namun satu alasan suami yang kelihatan kukuh berpendapat ingin mengambil anak itu sebagai anak angkat ialah kami boleh mengislamkan anak itu
Allahu..... betul sangat...

Salah satu sebab yang aku lama fikir ialah
ibunya bukan daripada agama islam
bagaimana dia mencorakkan anaknya dalam kandungan
adakah dia menjaga makanan
sebab makanan itu juga akan masuk menjadi darah daging anaknya

dan satu lagi sebab ialah
aku rasa aku tidak mampu adil dalam kasih sayang
aku mungkin membezakan
aku tidak mampu menyayangi dia
aku akan membina border antara kami

lama.. hampir sebulan kami berfikir
akhirnya aku minta pendapat ibuku
tanpa aku sangka, ma positif dalam hal ini
Ma kata ramai orang yang ambil anak angkat dan tak lama selepas itu mereka dapat anak sendiri...

dan aku rujuk kepada pembawa berita..
dia bagitahu, jika kami belum sedia untuk mengambil anak itu, dia dan suami akan ambil...
Allahu.. mudahnya mereka buat keputusan..
sedangkan aku berbulan lamanya berfikir itu ini

dua bulan berlalu
aku bertemu semula menanyakan ibu yang mengandungkan itu
dan aku menerima berita yang lain
rupanya ibu itu telah keguguran sewaktu tujuh bulan

Allahu...
aku terpaku
begitu indah aturan Allah
bayi itu lebih disayangi Allah
dalam pada aku berkira-kira untuk mengambilnya
Allah lebih mengasihinya
dan menjadikan dia ahli syurga
menyelamatkan dia daripada kekufuran dan kemaksiatan dunia...
damailah dikau di sana wahai bayi yang belum sempat kami lihat.....

Sunday, August 7, 2016

New Edition.

Just an Imagination
Edisi Tambahan
'Lain sedikit daripada entri sebelum ini...'

 
Walid : 61
Professor Doktor Consultant Neurologist & Professor of Medicine
(Pakar Bedah Saraf) di UM Specialist Center, UM.
3thn - Toronto, Canada
5thn - Reykjavik, Iceland
6thn - Seoul, Korea Selatan
2thn - HKL, Malaysia
4thn - UMSC, Malaysia
 
Pak Ngah : 58 (2)
Engineer oil & gas di Dubai.
Timbalan pengarah syarikat minyak di Dubai.
Isteri orang kerabat raja Arab Saudi. Suri rumah.
Anak 3 orang. Menetap di Dubai.
 
Ayah Wan : 56 (3)
Ustaz. Pengasas dan pengajar Pesantren di Jawa Timur, Indonesia.
Isteri orang jawa, anak pengasas pesantren.
Anak 7 orang. Menetap di Jawa.
 
Mak Om (kembar) : 53 (4)
Lecturer sejarah dan peradaban islam Tanah arab di Istanbul.
Selalu bagi talk di Malaysia, Indonesia dan sekitar Arab.
Suami orang Macau, China. Usahawan, ada travel agency.
Anak 3 orang.
 
Mak Yam (kembar) : 53 (5)
Doktor Pakar Anesthesiologist (bius) di New Zealand.  
Suami orang Morocco. Buka restoran dan chef restoran afrika di New Zealand.
Anak 4 orang. Menetap di Auckland.
 
Pak Teh : 49 (6)
Ustaz. Timbalan Pengarah Jawi di Jabatan Perdana Menteri.
Dulu Lecturer Usuluddin di UM.
Isteri Doktor. ada klinik sendiri di Bangsar.
Anak 5 orang. Menetap di Kinrara, Kl.

Pak Udin : 47 (7)
Engineer automobil. Pemasang dan pencipta enjin untuk kereta Mitsubishi, Japan.
Isteri orang Jepun. Usahawan kedai buku di Tokyo. (kahwin 37thn)
Anak 1 orang.
 
Mak Usu : 43 (8)
Doktor Pakar Bedah Am di KPJ Hospital Kelantan.
Suami orang Kelantan. Pencen polis dan usahakan kebun.
Anak 4 orang. Menetap di Kelantan.
 

*****
Umma : 59
Kakak umma : Aunty Hany : 61
Business. Restoran halal di Itaewon.
Suami imam di masjid itaewon, pengajar agama di masjid.
juga chef di restoran. Mereka juga buka kedai runcit di tepi masjid.
Anak 1 : L, 33, Pekerja swasta. Isteri tolong di restoran. Anak 2 orang.
Anak 2 : L, 29, Ketua editor stesen tv KBS. 
Anak 3 : P, 24, tahun akhir medical di seoul national university

 
 *****
Abang Long (l) : 41
CEO Yega Holdings (Syarikat Hartanah)
Syarikat ayah mertua.
Sebelum ini bekerja di syarikat perindustrian di Canada selama 2 tahun,
kemudian bekerja di Yega Holding sebagai Pengerusi Eksekutif.
Degree : 19, Uni of Oxford, Uk (Business Management)
Master : 24, Uni of Toronto, Canada
PHD    : 35, Uni of Amsterdam, Netherland
 
Kak Lyn : 40
Lawyer Yega Holdings dan Penasihat undang-undang.
Syarikat guaman perkongsian dengan rakan lawyer, IIO Law Consultant.
Degree : 18, Uni of Stanford, Usa (Law)
Master : 23, Uni of Melbourne, Australia
PHD    : 34, Uni of Amsterdam, Netherland
 
Semasa abanglong bekerja di Yega Holdings, ayah mertua abanglong berkenan dengan sikapnya (kerja cemerlang, jaga solat dan pergaulan, ramah dan tegas) dan
kemudian mengetahui abanglong ialah anak kepada kawan baiknya.
Abanglong dan kaklyn diperkenalkan oleh ibu bapa.
 
Anak :
L (13)
L (12)
P (9)
P (7)
L (4)
P (2)
 
Abang Ngah (l) : 40
Timbalan pengerusi Majlis Syariah Bank Negara Malaysia,
Penceramah masjid dan tv.
Sebelum ini, lecturer syariah di UM.
Degree : 17, Syria
Master : 22, Jordan
PHD    : 30, Turki
 
Kak Mawar : 36
Lecturer Bahasa Arab di Uia
Penulis buku motivasi/ agama dan novel serta penterjemah buku dan kitab arab
Degree : 18, Jordan
Master : 22, Jordan
PHD    : 35, Malaysia (final year)
 
Anak
L (11)
L (10)
L (7)
P (4)
P (3)
 
Kak Yong : 38
Doktor sakit puan di Manchester.
Degree : 19, Uni of Edinburgh, Uk
Master : 25, Imperial Uni, Uk
PHD    : tengah apply di manchester
 
Abang Wan : 38
Doktor professor pakar saraf neurologi di Liverpool.
Asal Terengganu. Menetap di London.
Degree : 19, Uni of Edinburgh, Uk
Master : 25, Imperial Uni, Uk
PHD    : 33, Uni of Oxford, Uk
 
Berkahwin umur 31, kakyong 30thn sebab kakyong nak habiskan master dlu.
Abang wan tunggu lebih 6 tahun.
Mereka kenal sejak di Oxford. Hanya 2 orang pljr islam medical time tu.
 
Anak
P (5) Sophia
P (3) Emily
P (2bln) Rose
 
Kak Yang : 37
Business. Jual barang fashion (pakaian, bag, kasut, aksesori) branded antarabangsa secara online.
Sebelum ini engineer oil and gases di Malaysia. Ikut suami sambung belajar dan berhenti kerja, cuba berniaga dan selepas setahun baru nampak berjaya. Untung lebih puluh ribu.
Degree : 18, UTP, Malaysia (Engineering)
Master : 29, Uni di Dubai (Business)
 
Abang Yeop : 38
Engineer oil and gas di Dubai.
Asal Perak.
Degree : 18, UTP, Malaysia
Master : 28, Uni di Dubai
PHD    : 36, Uni di Dubai (belajar sambil bekerja, second year)
 
Anak
L (10)
L (7)
P (4)
P (1thn 9bln)
 
Abang Tam (l) : 35
Arkitek Binaan. Syarikat di Jalan Duta.
Sebelum ni kerja di Dublin 3tahun selepas tamat master.
Degree : 17, Uni of Reykjavik, Iceland
Master : 23, Uni of Dublin, Ireland
PHD    : tengah apply di Uni. of Brussels, Belgium  
 
Kak Maryam: 33
Pengacara astro terkenal (bahagian fashion, makanan dan ilmuan).
Asal Selangor.
Degree : 19, UIA
Master : 30, UKM
 
Sepupu kepada kawan. Kawan baik abangtam kenalkan sepupu dia kepada abangtam. time tu abangtam tak tahu sofia ni famous sebab pengacara tv yang terkenal. abangtam baru balik study dan kerja dari Ireland. 3bulan je kenal, terus kahwin.
Kahwin umur abangtam 29, sofia 27.
 
Anak
P (5)
P (4)
L (2)
 
Anjang : 33
Lecturer International Languages di Uni of Massachusetts, usa (lebih 10 bahasa - Arabic, Chinese, Korean, Japanese, Spanish, Russia, Turkish, Italy, Germany, Scottish).
Degree        : 16, Uni of Birmingham, Uk (English, Arabic, Italy)
2nd Degree : 19, Uni of Munich, Germany (Spanish, Turkish, Germany)
Master         : 23, Uni of Seoul National Uni, Korea (Korean, Japanese, Chinese)
PHD            : 25, Uni of Stanford, Usa (Arabic, Korean, Italy)
2nd Master  : 29, Uni of Zurich, Switzerland (Arabic, Russia, Italy)
3rd Master  :  33, Uni of Massachusetts, usa (Scottish, belajar sambil mengajar)
 
Abang Hud : 36
Astronomer Nasa di Florida, Usa.
 
Anak
P (9bln)
P (9bln)
 
Alang : 33
Abang Kim : 33
 
Anak
L (2thn 2bln)
L
L
 
Abang Teh (l) : 31
Kak Tiara : 28
 
Anak
Pregnant 2bulan
 
Abang Chek (l) : 29
 
Maya : 23 (Tunang - setahun)
 
Anak tunggal kepada Duta Malaysia ke Italy.
Akan kahwin 3 bulan lagi.
 
Andak : 26
Iskandar : 27 (Tunang - 1bulan)
 
Udee : 22
Antara tiga pelajar spm terbaik tahun lepas. 18 A+, 1A (19A straight, sekolah agama)
Masuk paper dan tv. ditemuramah dan menjadi ikon remaja.
Persediaan ke luar negara di Taylor University
Doktor di Ireland (lagi 5 bulan). Nak jadi doctor pakar bedah saraf macam walid.
 
Acu : 19
Tahun akhir di maahad Kelantan.
Tengah habiskan hafalan dan akan ambil spm (private) di KL akhir tahun ini.
Lambat habis hafalan sebab sebelum ini sakit, masuk wad dan jalani pembedahan.
Dapat mumtaz dalam peperiksaan stam (pelajar terbaik stam).
Akan ambil 18 paper spm, hanya belajar 5 subjek dan yang lain belajar sendiri.
walid umma bayar private teachers datang rumah ajar.
Selalu balik ke rumah pakcik (adik walid) atau nenek saudara (mak saudara walid) di Kelantan.
 
 
*****
Semasa di Korea, walid dan umma pulang ke Malaysia untuk ziarah family di Kelantan.
Walid umma juga sempat beli dan buat rumah di kota damansara.

Selepas berpindah ke Malaysia, walid selalu ajak family beraya dan berkumpul di rumah.
Family (mak dan ayah saudara walid, serta sepupu-sepupu selalu berkumpul di rmh walid).
selang dua tahun mereka akan beraya di rmh walid, kadang2 bermalam di rmh sebelum raya.
Biasanya.. anak-anak akan tidur satu bilik, kemudian yang anak kecil tinggal satu bilik, dan lelaki tidur di ruang fmly bwh tnh.

*****
Rumah walid umma :
Bilik tidur : 20
Bilik utama 1, 10 bilik lengkap bilik air, 4 bilik kongsi bilik air, 6 bilik tiada bilik air.

Ruang tamu : 3
Ruang family : 3
Dapur kering : 2
Dapur basah : 1
Ruang sukan dan gim
Ruang tv dan bilik tv
Ruang santai
Ruang solat
Ruang makan : 3
Ruang bbq, kolam renang

 

Setelah lama menyepi di sini

Bismillah

Selepas entri terakhir pada bulan mei yang lepas
aku hampir lupa tentang kewujudan blog ini

Ujian demi ujian menyinggah
kemudian kedatangan bulan barakah Ramadhan Mubarak
dan sambutan hari kemenangan Hari Raya Puasa
berturutan dan
akhirnya diizinkan kembali menaip sepatah dua di ruangan terbiar ini


Alhamdulillah
Suami semakin pulih daripada pembedahan yang dibuat pada pertengahan mei lepas
Sungguh di luar jangkaan kami hamba yang lemah
suami terpaksa menghadapi tiga kali pembedahan
hanya Allah yang mengetahui apa yang tertanggung olehnya
kesakitan dan keperitan
komplikasi dan rawatan susulan
berpuasa, tak boleh menjamah walau sedikit makanan selepas pembedahan itu
dan hampir dua bulan juga berpantang makan

Kini suami mampu membawa kereta semula
membuat kerja-kerja cuma tidak boleh mengangkat benda yang terlalu berat

Moga ALLAH menganjarkan pahala dan meningkatkan darjat kami atas ujian-ujian ini

Aku pula
masih menelan ubat
ubat tiroid dan ubat mengawal denyutan jantung
lepas check darah semalam
tiroid aku naik lagi
yelah.. bukan makan ubat pun
cuma naik tak banyak

Doktor sebut
untuk kes aku
kelenjar tiroid ni memang aktif
dan jalan terbaik ialah pembedahan
buang semua kelenjar tiroid
tapi sebelum boleh bedah
memang terpaksa normalkan bacaan tiroid ni dulu

dan pembedahan adalah jalan terbaik setakat ini
bagi kami yang berhajatkan zuriat
itulah kata pakar dalam bidang perubatan

segalanya kerja dan urusan ALLAH
kami akan terus berikhtiar dan bertawakkal

sesungguhnya ALLAH Maha Tahu akan keadaan hambaNYA.....


*************
Aktiviti hari ini
dipenuhkan dengan
mengemas dapur dan rumah
sampai pinggang sakit-sakit

Alhamdulillah dapur dah siap kemas
tinggal lagi dalam bilik, baju-baju dan juga luar rumah yang memerlukan proses mencantas rumput dan membakar
serta memasang beberapa lagi langsir yang belum siap

tapi ni dah malam
kita sambung esok pula
insyaAllah

***********************

Ya ALLAH
lindungilah kedua ibu bapa kami
keluarga kami
dalam rahmatMU
sayangilah kami
pimpinilah kami
berkatilah kami sekeluarga
panjangkanlah umur kami dalam ketaatan kepadaMU Ya ALLAH.....