Bismillah
Selepas entri terakhir pada bulan mei yang lepas
aku hampir lupa tentang kewujudan blog ini
Ujian demi ujian menyinggah
kemudian kedatangan bulan barakah Ramadhan Mubarak
dan sambutan hari kemenangan Hari Raya Puasa
berturutan dan
akhirnya diizinkan kembali menaip sepatah dua di ruangan terbiar ini
Alhamdulillah
Suami semakin pulih daripada pembedahan yang dibuat pada pertengahan mei lepas
Sungguh di luar jangkaan kami hamba yang lemah
suami terpaksa menghadapi tiga kali pembedahan
hanya Allah yang mengetahui apa yang tertanggung olehnya
kesakitan dan keperitan
komplikasi dan rawatan susulan
berpuasa, tak boleh menjamah walau sedikit makanan selepas pembedahan itu
dan hampir dua bulan juga berpantang makan
Kini suami mampu membawa kereta semula
membuat kerja-kerja cuma tidak boleh mengangkat benda yang terlalu berat
Moga ALLAH menganjarkan pahala dan meningkatkan darjat kami atas ujian-ujian ini
Aku pula
masih menelan ubat
ubat tiroid dan ubat mengawal denyutan jantung
lepas check darah semalam
tiroid aku naik lagi
yelah.. bukan makan ubat pun
cuma naik tak banyak
Doktor sebut
untuk kes aku
kelenjar tiroid ni memang aktif
dan jalan terbaik ialah pembedahan
buang semua kelenjar tiroid
tapi sebelum boleh bedah
memang terpaksa normalkan bacaan tiroid ni dulu
dan pembedahan adalah jalan terbaik setakat ini
bagi kami yang berhajatkan zuriat
itulah kata pakar dalam bidang perubatan
segalanya kerja dan urusan ALLAH
kami akan terus berikhtiar dan bertawakkal
sesungguhnya ALLAH Maha Tahu akan keadaan hambaNYA.....
*************
Aktiviti hari ini
dipenuhkan dengan
mengemas dapur dan rumah
sampai pinggang sakit-sakit
Alhamdulillah dapur dah siap kemas
tinggal lagi dalam bilik, baju-baju dan juga luar rumah yang memerlukan proses mencantas rumput dan membakar
serta memasang beberapa lagi langsir yang belum siap
tapi ni dah malam
kita sambung esok pula
insyaAllah
***********************
Ya ALLAH
lindungilah kedua ibu bapa kami
keluarga kami
dalam rahmatMU
sayangilah kami
pimpinilah kami
berkatilah kami sekeluarga
panjangkanlah umur kami dalam ketaatan kepadaMU Ya ALLAH.....
No comments:
Post a Comment