Bismillah
Hari ini seperti hari-hari semalam
kami suami isteri masih tegar menadah tangan dengan tulus mendoakan semoga Allah mengurniakan dalam rumah tangga kami, zuriat yang soleh solehah
Zuriat yang menjadi penyambung sunnah nabi saw
Zuriat yang menjadi saham kebaikan untuk kami di dunia akhirat
Zuriat penyejuk mata dan berperibadi soleh dan solehah
Sering kali aku membayang jika rumah kami dihiasi tangis tawa mereka
bauan harum bayi dan kanak-kanak memenuhi ruang rumah
sama-sama mendidik dan membahagiakan
Bangun pagi melihat wajah suci mereka yang hening
mendamaikan jiwa daripada keresahan tanggungjawab yang makin mencabar
Ya
mereka anak-anak juga adalah amanah
bukanlah nikmat yang perlu ditontonkan pada orang lain
amanah dan tanggungjawab
bagaimana kita mencorakkan mereka sejak di alam Rahim ke alam dunia
Tahun ini
hampir saja masuk 5 tahun kami melayari bahtera ini berdua
belum diizinkan bersama anak-anak
Pernah awal tahun ini
kami ditawarkan dengan satu berita
ada seorang ibu berbangsa iban
sedang mengandungkan anak ke 7
dia daripada keluarga yang susah
anak ramai.. bahkan anaknya yang ke 6 juga telah diangkatkan kepada orang lain
banyak kali kami berfikir
baik dan buruk
seperti biasa
suami hanya menyerahkan keputusannya kepadaku
suami tidak kisah, asalkan aku bersedia dia juga bersedia
jika aku tidak mahu dia menghormatinya
Namun satu alasan suami yang kelihatan kukuh berpendapat ingin mengambil anak itu sebagai anak angkat ialah kami boleh mengislamkan anak itu
Allahu..... betul sangat...
Salah satu sebab yang aku lama fikir ialah
ibunya bukan daripada agama islam
bagaimana dia mencorakkan anaknya dalam kandungan
adakah dia menjaga makanan
sebab makanan itu juga akan masuk menjadi darah daging anaknya
dan satu lagi sebab ialah
aku rasa aku tidak mampu adil dalam kasih sayang
aku mungkin membezakan
aku tidak mampu menyayangi dia
aku akan membina border antara kami
lama.. hampir sebulan kami berfikir
akhirnya aku minta pendapat ibuku
tanpa aku sangka, ma positif dalam hal ini
Ma kata ramai orang yang ambil anak angkat dan tak lama selepas itu mereka dapat anak sendiri...
dan aku rujuk kepada pembawa berita..
dia bagitahu, jika kami belum sedia untuk mengambil anak itu, dia dan suami akan ambil...
Allahu.. mudahnya mereka buat keputusan..
sedangkan aku berbulan lamanya berfikir itu ini
dua bulan berlalu
aku bertemu semula menanyakan ibu yang mengandungkan itu
dan aku menerima berita yang lain
rupanya ibu itu telah keguguran sewaktu tujuh bulan
Allahu...
aku terpaku
begitu indah aturan Allah
bayi itu lebih disayangi Allah
dalam pada aku berkira-kira untuk mengambilnya
Allah lebih mengasihinya
dan menjadikan dia ahli syurga
menyelamatkan dia daripada kekufuran dan kemaksiatan dunia...
damailah dikau di sana wahai bayi yang belum sempat kami lihat.....
No comments:
Post a Comment