Saturday, April 2, 2016

Aku Hari Ini

Aku hari ini ;
My husband's wife.

Alhamdulillah
tarikh keramat pernikahan kami 26.11.11

Tahun ini bakal memasuki tahun yang kelima...
Sungguh...
Macam sekelip mata saja dah 5 tahun.

Aku,
Aku... antara sepupu sebaya yang dapat kahwin dahulu berbanding yang lain
Aku... antara sahabat-sahabatku yang dapat kahwin selepas tamat study
Aku... antara yang menemui 'calon suami' time final year
Aku... antara yang menamatkan zaman bujang pada 24tahun
Aku... antara kawan baik-berlima yang bernikah akhir tahun 2011 tu

Alhamdulillah
thumma Alhamdulillah


Dan
Aku... antara yang masih dalam ujian Allah
Aku... antara yang sedang diuji kesabaran dan keimanan
Aku... antara yang tidak jemu menanti
Aku... antara yang selalu mendoakan kehadirannya yang tak kunjung tiba
Aku... akan terus menanti, menunggunya...

Aku dan suami masih sentiasa
dan sentiasa berikhtiar untuk dianugerahi zuriat yang soleh dalam rumah tangga kami
5 tahun kami berikhtiar sana sini
Tidak pernah putus berdoa

Semoga rumah tangga kami hadir zuriat penyejuk mata, soleh solehah...


Hanyalah DIA yang Maha Tahu
Waktu dan ketikanya
DIA sesungguhnya Maha Mendengar
Maha Mengetahui ... lebih daripada apa yang kami tahu

DIA lah tempat pengharapan
DIA lah tempat sandaran
DIA lah tempat tujuan
DIA lah matlamat
DIA lah yang sangat hampir dengan hambaNYA

Akan tiba saat yang DIA kehendaki
kami hamba yang tidak mengetahui apa-apa hanya berharap dengan MU
hanya berharap diberikan kebaikan dan yang terbaik daripadaMu


Jangan tinggalkan kami sendirian.

No comments:

Post a Comment