Sunday, April 3, 2016

Just an Imagination II

Kami dibesarkan di luar negara
semasa menemani walid belajar dan bekerja

Sejak kecil
kami dah biasa dengan kesibukan walid yang keluar pagi-pagi
dan balik waktu malam

Walid sangat sibuk
Tapi walid tak pernah mengenepikan pendidikan anak-anak...
Setiap kali walid ada di rumah
walid lah yang akan ajar kami mengaji alquran
walid akan bercerita tentang kebesaran Allah, tentang nabi-nabi
dan walid akan ajar kami solat dan berwhudu'

Setiap kali walid ada di rumah
kami akan solat sama-sama
dan walid lah imam kami


Umma
almost the time ada bersama kami
Umma sangat tegas dengan masa dan disiplin
ada time kena tidur dan bangun
sebelum sekolah perlu breakfast then ada time nak main

Dulu-dulu umma mengajar di kolej
lepas umma bersalinkan kak tam umma kena tahan hospital
Waktu tu, abang long yang baru 7tahun jaga adik-adik
kami pergi dan balik sekolah sama-sama
basuh baju dan kemas rumah sama-sama

Semasa abang long 10tahun dan abang ngah 9tahun
Walid hantar mereka ke Jordan, tinggal dengan pakcik kami
untuk belajar agama dan menghafal quran di sana...

Time tu kami tinggal di Iceland
Umma baru lahirkan abang teh
kami diajar berdikari sendiri untuk uruskan makanan dan pakaian
sebab abang teh sakit semasa dilahirkan
umma ulang alik jaga abang teh di hospital
walid pula sedang final year phd

Lepas 5tahun di Iceland kami berpindah ke Korea
sedih time tu nak tinggalkan Iceland
sebab kami semua suka tengok aurora yang memang jelas kelihatan
dari rumah kami

Di Korea, kami tinggal di Itaewon
dekat dengan kakak umma, makcik kami

No comments:

Post a Comment