Saturday, April 2, 2016

Walau Sementara Cuma Dia Hadir

Throwback...
September 2015
aku pergi mengurut dengan seorang makcik di kampong
Alhamdulillah ada kesan-kesan positif selepas tu

Disember 2015
Time cuti sekolah akhir tahun
Aku sedar seakan-akan ada kelainan pada diriku.....

Aku buat upt
dan pertama kali dalam hidup.. ia double line
banyak yang terlintas dalam fikiran

Aku diamkan saja
hingga satu masa aku beritahu suami
suami dengan bersahaja suruh buat lagi sekali
maybe dia taknak berharap... walau aku tahu dia juga dalam mood terkejut

Then aku buat test lagi dan lagi
5 kali test.. dan semuanya positif.. walau satu line tu agar kabur mula-mulanya

Beberapa hari selepas itu
aku rasa sakit pinggang yang tersangat
tak dapat berdiri lama
aku diamkan saja

Cuma lepas tu aku cerita pada Mama
sebab pagi itu kepala aku sakit dan tak larat nak bangun
sedangkan pagi itu kami nak balik rumah mak mentua
then Ma cuma mendoakan semoga ada berita yang baik...

Akhirnya...
kami pergi ke sebuah klinik swasta
cerita punya cerita then doctor buat scan
doctor cakap tak nampak lagi
tapi upt naik double line (line satu lgi tu kabur)

Sebab doctor cakap tak ada
kami buat-buat biasa saja
dalam hati hanya ALLAH yang tahu.......

Seminggu sebelum tahun baru 2016
ada keluar darah sikit

and
1 januari...
Dari pagi hingga ke petang perut aku sakit sangat bagai dicucuk2
Malam tu kesakitan bertambah-tambah 2kali ganda
hingga aku berguling-guling dan mengelepar
Dengan tiada ubat tahan sakit dan minyak untuk urut
aku menahan kesakitan yang menjalar dari perut ke kaki...
Hanya suami yang menemani dan mengurut

Aku hanya dapat tidur sekejap saja
dan yang aku sedar darah keluar dengan tersangat banyak
dan kerana tidak tahan aku meletakkan iron yang suam2 ke atas perut
Setengah jam selepas tu... dengan kesakitan yang teramat
aku berlari ke tandas
darah mengalir dan
akhirnya jatuh seketul darah sebesar empat jari

Ya ALLAH
lama aku termenung melihat ketulan itu
akhirnya aku sedar..........


Ya ALLAH
Walau ia hadir sekejap cuma
ia tetap nikmat yang sangat berharga buat kami...

Walau ia hanya pinjaman sementara
ia tetap mengembirakan hati kami...

Walau ia sementara cuma
kami bersyukur diberi peluang merasai kehadirannya

Terima kasih wahai ALLAH.

No comments:

Post a Comment