Aku pengusaha sebuah kedai bakeri...
Pada mulanya aku belajar cara-cara membuat kek dan desserts daripada sumber internet saja...
Merasa tidak cukup dengan itu, aku mula attend baking class
Walau sedikit mahal tetapi berbaloi sangat
Daripada situ
aku mula kumpulkan peralatan yang perlu ada untuk buat kek
seperti oven yang sederhana besar, mesin pengadun, dan alatan lain
Aku bermula daripada rumah
dengan buat promosi melalui internet dan kawan-kawan
dan perkhidmatan delivery serta self pick up...
Dengan harga yang tidak begitu mahal
kerana masih dalam proses pengenalan
aku mendapat tempahan hampir setiap hari...
Selama hampir setahun aku usahakan perniagaan kecilan di rumah
aku mula berganjak setapak dengan mencari kedai untuk disewa
Rezeki... dapat jumpa kedai yang sewa berpatutan dan di tempat yang sesuai
kedai corner lot, berjiran dengan bank, kedai buku dan kedai pakaian
Boleh dikatakan tempat tumpuan orang
Aku mulakan dengan proses renovation kedai
Hampir 90% keadaan kedai perlu diubah suai
Selepas itu barulah aku lengkapkan dengan perabot dan pembahagi
Proses membuka kedai berjalan lancar dalam 5 bulan lebih
Dalam masa itu, aku masih ambil order dari rumah...
Akhirnya
aku buat majlis pembukaan bakeri secara sederhana
dengan menghidangkan lebih 10 jenis kek dan desserts yang aku bake sendiri...
Dan
selama sebulan aku buat promosi untuk semua produk yang aku jual...
Promosi harga dan combo set
Aku tambah beberapa menu lagi.. lunch set and tea set...
Kini
kedai bakeri dah run selama setahun lebih
banyak yang aku belajar sambil-sambil berniaga ni
Aku cuba bertatih.. tidak terlalu terkejar-kejar
semua mesti ikut master plan jangka pendek dan panjang...
Dengan hanya 3 orang pekerja.. kini dah 10 orang
dan esok aku akan buat temuduga lagi untuk ambil 10 orang pekerja lagi
sebab dalam masa sebulan ini aku akan besarkan kedai
untuk buat konsep café dalam bakeri
iaitu aku akan sediakan meja dan kerusi untuk pelanggan makan minum di sini...
Masa operasi : 9 pagi - 10 malam
Konsep : Café and bakery
Interior design : Urban and cozy
Staff : 20 orang (ikut shift)
DI depan pintu masuk bakeri, sebelah kanan dan kiri pintu
aku pamerkan pelbagai jenis roti dan desserts yang aku jual
Dari pintu masuk berkaca, pelanggan akan terus nampak kaunter di sebelah kiri
Kaunter minuman, pembungkusan dan bayaran
Di kaunter juga ada dipamerkan mini cheese cakes, slice cakes dan desserts yang boleh dipilih oleh pelanggan..
Pelanggan yang ingin take away order yang memerlukan masa seperti pizza dan pasta boleh menunggu di meja. Pekerja akan pass order kepada chef di dapur melalui online...
Jika ada pelanggan yang ingin tempah kek boleh isi form dan serahkan kepada pekerja kaunter. Pekerja akan ulang dan tanya perincian lain untuk kepastian...
Di tepi kaunter, ada lima buah meja dengan empat kerusi (tepi dinding berkaca) dan terdapat meja dan kerusi di tepi dinding, juga ruang makan yang lebih luas di luar kedai..
Di ruang depan kaunter ada rak panjang menempatkan roti, donut, pie, tart, muffin dan cupcakes...
Customers yang masuk ke kedai akan terus ke kaunter untuk tempahan sama ada take away atau makan di kedai...
Mereka boleh layan diri di rak display, letak pilihan mereka dalam bakul atau tray dan bawa ke kaunter.. di kaunter pelayan akan bungkus jika mereka ingin take away dan akan transfer ke pinggan kalu nak makan di kedai dan membuat bayaran
Selesai pembayaran, mereka boleh makan di kedai atau bawa pulang...
Pekerja kaunter :
1. Pelayan I - ambil order dan urusan pembayaran = 4 orang
2. Pelayan II - buat pembungkusan, ambil order kek (runner kaunter) = 2 orang
3. Pembuat air - menyediakan air yang disorder = 4 orang
4. Pelayan III - membantu di rak display, membantu pelanggan mendapatkan meja, mengemas meja dan lantai = 4 orang
5. Co-chef - mengetuai kerja dapur (desserts, cake, pasta dan pizza) = 2 orang
6. Pembantu chef - membantu chef menyediakan tempahan = 4 orang
7. Penolong pengurus - handle kewangan, laman web, order online, urusan tempahan bahan dan alatan, urusan stok = 2 orang (termasuk aku)
Shift :
I : 8 am - 3 pm
II : 3 pm - 10 pm
Aku biasanya masuk kedai jam 8 pagi
Selepas buka semua suis elektrik dan tengok bahan di dapur
aku akan masuk pejabat untuk check order online..
Lepas finalis order online dan tempahan kek.. aku akan pass order kepada pekerja dapur..
Jika order banyak.. aku sendiri akan uruskan tempahan kek atau sediakan tempahan online..
Co-chef dan pembantu akan sediakan kek dan desserts untuk kedai...
Pekerja di kaunter air akan masak air dan sediakan bahan air.. pekerja di kaunter bayaran akan sediakan duit dalam mesin dan tolong kemas kedai dan display makanan...
Tepat jam 9 pagi.. pintu kedai akan dibuka..
Pelanggan akan disapa dan dilayan dengan mesra.. hingga shift pekerja bertukar dan hingga kedai ditutup semula.. pekerja dibenarkan pulang jam 10.30 malam...
No comments:
Post a Comment