Saturday, April 23, 2016

Just an Imagination III

Kami membesar dengan melihat walid dan umma
sebagai 'the really hardworking person'.

Walid sanggup berhijrah ke tempat orang
dengan isteri dan anak-anak
untuk menuntut ilmu di bidang yang lebih tinggi
dan bekerja di tempat yang berbeza-beza
untuk mencedok lebih banyak pengalaman bekerja dan hidup..

Dalam sibuk mengurus dan membesarkan anak-anak
umma sempat menyambung master, jadi tutor di beberapa kolej..
join kelas baking, pastry dan culinary..
menulis jurnal, translate buku-buku Arabic to Korean and English..

Walid biasanya akan balik semasa kami ingin makan malam...
Kadang-kala walid balik ke rumah lewat petang dan
akan ke hospital semula di tengah malam..
Bila walid ada di rumah
kami selalu solat berjemaah dengan walid..
Bila masuk waktu subuh, walid akan angkat anak-anak ke bilik air
untuk berwhudu dan solat bersama-sama..
Lepas solat subuh kami akan bergilir-gilir mengaji dengan walid
dan sarapan sama-sama

Yang bestnya
umma selalu tukar menu sarapan, lunch and dinner
umma akan try ilmu memasak di rumah
dan kami akan mengadili masakan umma
yang pastilah sangat sedap...

Umma ajar kami untuk tidur sekejap di tengah hari
supaya kami cergas waktu petang dan malam..
Tapi umma hanya melelapkan mata sekejap di dapur
sambil tunggu lunch siap..

Walid dan umma selalu buat party menyambut hari kelahiran anak-anak
waktu inilah umma jemput jiran dan kawan anak-anak
makan di rumah..
Mereka selalunya puji apa yang umma hidangkan
hasil daripada air tangan umma sendiri..
Waktu party yang sederhana inilah kami selalu bergaul dengan jiran dan kawan-kawan..
Sebab itulah walau di mana kami berpindah,
kami akan rapat dengan jiran walaupun berlainan agama dan bangsa..

Umma selalu bekalkan kami makanan ke sekolah untuk dikongsi dan
sebab di sekolah biasanya makanan tidak halal..
Umma juga selalu minta kami hantarkan makanan kepada jiran kami..

Walid dan umma didik kami dengan tegas
tapi dalam kasih sayang..
Bila kami buat sebarang kesalahan..
memang habit walid dan umma untuk bertanya dulu
jika betul kami bersalah.. kami akan dihukum
Macam-macam hukuman yang semua anak-anak pernah rasa..
basuh pinggan tiga hari berturut-turut, cuci semua tandas dalam rumah..
kemas rumah selama seminggu.. cuci semua baju...
tapi yang paling menggerunkan ialah bila walid keluarkan rotan..
jika kami dirotan bermaksud kami buat kesalahannya besar...

Pernah waktu kami tinggal di Canada..
kakyong disukai oleh seorang pelajar lelaki
hingga dia ikut kakyong balik rumah dan selalu ganggu kakyong..
satu hari tu kakyong hanya nak pulangkan buku lelaki itu yang kakyong tersalah ambil
tapi kakyong minta keluar rumah dengan alasan yang direka-reka
kakyong ditipu lelaki itu dan bawa kakyong ke pekan..
nasib baik abang chik sempat jumpa kakyong..
bila sampai di rumah kakyong dirotan walid
abangchik dan kaktam juga kena rotan sebab tak jaga adik beradik..
dan sememangnya itulah yang mendidik kami hingga ke besar
walid tak lagi keluarkan rotan sebab bila sekali kena kami sudah dapat pengajarannya..

Umma memang tegas dengan masa
mungkin sebab itulah umma dapat siapkan banyak kerja dalam satu masa..
Selepas kami berpindah ke Boston.. umma jadi tutor matematik dua buah kolej swasta..
kemudian umma sambung master di sana
Kemudian, kami pindah lagi ikut walid ke Canada..
di Canada, umma banyak join kelas bakery dan pastry..
dan umma sempat tulis hampir 10 buah jurnal..
Semasa di Iceland.. umma sakit dua kali sewaktu melahirkan
jadi umma tak kerja dan siapkan terjemahan buku Arabic ke dalam bahasa Korean dan English..
umma nak sambung phd di Iceland tetapi umma hanya mampu tulis beberapa jurnal..
kerana kesihatan umma...

No comments:

Post a Comment