banyak yang aku nak buat
If tengok orang berniaga
aku jadi tertarik melihat usaha, strategi, modal dan untung rugi yang berlaku dalam dunia perniagaan
kerana perniagaan memang menuntut minat
daripada minat terbitlah usaha yang tak kenal lelah dan
kekreatifan yang membezakan kita dengan orang lain...
Aku tak sedar sejak bila aku minat bidang perniagaan
hingga pertengahan tahun lepas aku ambil langkah drastic setelah berbincang dengan suami...
Aku cari pembekal kain cotton yang murah
walau akhirnya aku beli borong dengan harga yang tak berapa nak murah
satu kerugian yang pertama
then aku beli kain cotton yang sudah siap dipotong meter
sedangkan aku ingin menjahit jubbah yang memerlukan kain dalam 3 meter saja
kerugian yang kedua
Itulah yang aku belajar...
jika tak melakukan kesilapan
aku tak akan belajar
Aku keluarkan modal hamper 6K
namun pulangan yang aku dapat tak sampai 50% dari modal
dan jubbah itu masih ada di tangan ku tanpa terjual
Aku pandang dari sudut positif
Inilah pertama kali aku berani mengorak langkah
dalam bidang perniagaan
walau ilmu perniagaan tak ada, apatah lagi ilmu pemasaran...
Apa pun..
ALLAH telah bukakan jalan pertama ke arah bergelar usahawan
Jika ada rezeki dalam bidang ini
ia adalah rezeki yang ALLAH ArRazak berikankan
Antara cabang bisnes yang aku minat (sangat minat)
1. Bidang bakery & café
Aku seorang 'desserts addict' !
sangat minat dengan dunia pastry and bakery
cuma ilmu bakery secara professional tak ada
Dan
kalu nak buka café bakery memang wajib ada ilmu baking2...
Bidang bakery antara bidang yang sangat menguntungkan bagi aku,
sebab dengan ilmu yang kita ada, kita dapat jual pelbagai jenis bakeri yang harganya bukanlah murah
dan dengan effort yang lebih kita mampu buka kelas baking serta jadi supplier barang-barang baking
Dalam bakery aku, aku nak jual
- cakes (decoration ikut theme)
- cupcakes / muffin / mini cake
- donuts
- breads
- tarts & pies
- pizzas
- desserts
2. Bidang culinary (khasnya Korean cuisines)
Aku suka tengok chef Baek , seorang chef selebriti korea yang selalu keluar tv
nak-nak rancangan yang dia ajar cara masak masakan korea
Bila dah follow rancangan dia,
aku dapat simpulkan sikit yang makanan korea ni ada rasa yang kuat
iaitu pedas dan masam
Kebanyakkannya akan menggunakan minyak bijan, biji bijan, serbuk cili / chili powder dan kicap soya...
Untuk perniagaan ini aku lebih suka if dapat buat delivery service saja dahulu
yang mana menawarkan masakan korea yang fast, halal dan fresh
dan mengikut resipi original korea
cuma bahan-bahan ialah bahan yang halal
Perniagaan ni pun aku perlu masuk kelas masakan korea secara professional
atau belajar daripada kedai-kedai di korea sendiri
3. Bidang perniagaan buku
Aku juga seorang yang minat buku
dan ingin buka satu kedai buku yang menjual dan beri khidmat membaca juga di kedai buku aku
serta buat ala2 café
Half of my kedai tu ialah café
4. Butik
Butik pakaian muslimah
Untuk permulaan boleh hasilkan 4 - 5 helai pakaian muslimah
yang mementingkan cover aurah, simple but boleh pakai macam2 majlis dan mudah untuk diurus
Selepas itu baru keluarkan set couple suami isteri dan anak-anak
Then.. keluarkan busana khas untuk sesiapa yang ingin bertunang atau bernikah
boleh custom made dan sebagainya
Dalam masa setahun mesti keluarkan produk baru
dalam 5 - 7 produk baru dan repeat produk yang mendapat sambutan hangat sebelum ini
Tapi trend pakaian atau fesyen antara yang sangat cepat bergerak
Kita perlu kejar trend
Contohnya ada satu masa kain jenis como crepe atau hiasan seperti iron patch sangat diminati dan trend ini akan berlalu selama 3 bulan dan selepas itu orang tak lagi berminat dengan trend itu..
dan akan datandg lagi trend baru yang lain
Namun, masih ada trend yang tak makan di zaman seperti cotton dan satin yang selalu menjadi pilihan kerana kualiti kain dll
5. Kelas Bahasa Korea
Dibuat secara private
kepada beginner to expert
yang belajar untuk tambah bahasa atau yang akan sambung pelajaran ke korea sendiri
Ramai yang minat bahasa korea kerana Negara itu banyak memberi pengaruh kepada anak muda
Kelas bahasa ini aku nak buat secara lebih santai
tak ada exam kecuali student yang request
Bayaran yang berpatutan
dan best students yang belum ada kerja boleh menjadi tenaga pengajar kat situ pula
Boleh buat joint venture
dengan pakej travel ke korea
sebagai praktikal kepada apa yang students dah belajar di dalam kelas
Bila travel ke korea, dapat jimat dengan pakej tertentu
dan boleh join summe or winter language class di university di korea sendiri
Semoga impian ini dimudahkan oleh ALLAH
dan diberkati NYA
Aku hanya mencuba yang terbaik
untuk menjadi hamba NYA yang terbaik
Tuntunilah langkah ku YA ALLAH .
No comments:
Post a Comment