Sunday, April 3, 2016

Just an Imagination III

Dengan didikan agama yang walid dan umma berikan
anak-anak lelaki semua dapat menghafal quran
lambat atau cepat bukan ukuran

Walid hantar lima orang anak lelaki ke Turki
pada usia yang muda
Tinggal dengan keluarga pakcik iaitu adik kepada walid
yang mengajar di sana

Kini
walau kerja di bidang professional
didikan yang telah dipasak oleh walid masih berbekas

Abang Long
waktu mula-mula kerja di Yega Holding sebagai pegawai pemasaran
selalu curi-curi masa untuk solat dhuha
hingga disedari oleh CEO yang kemudiannya melamar abang long untuk dijadikan menantu

Abang Ngah
memang dikenali kerana selalu muncul di tv sebagai penceramah jemputan
yang selalu disebut-sebut kerana lancar dalam berkata-kata, bahasa yang lembut dan boleh meruntun jiwa yang mendengar.....

Abang teh.. walau bekerja sebagai pilot di luar Negara tak menghalang untuk solat pada awal waktu, walau dalam kapal terbang..

Itulah antara bekas atau tapak yang walid tinggalkan untuk anak-anak
hingga berjaya dalam dunia yang diceburi.. lebih-lebih lagi dalam agama dan akhlak.


Kami adik beradik sangat rapat
Umma didik kami untuk suka memberi, kasih antara adik beradik
walau kak yong yang tinggal di Manchester jatuh sakit, adik beradik akan ziarah
Kami suka berkumpul... bercerita hingga ke pagi... makan besar dan buat jamuan
Mungkin sikap suka makan besar tu ikut darah keturunan cina daripada umma


Bila semua dah besar dan berkeluarga
yang tinggal di rumah sekarang uda dan acu saja
Tupun uda dah mula belajar di Ireland dan acu biasa balik sebulan sekali dari maahad

Akhir tahun ini akan ada majlis pernikahan
abang teh yang baru bertunang minggu lepas
dengan orang kerabat

Adik beradik semua dah confirm akan balik dan buat persediaan sama-sama..

No comments:

Post a Comment